Saturday, August 9, 2008

ISLAM HADHARI SESAT!!! - SHEIKH DR WAHBAH ZUHAILI

“Islam Hadhari di Malaysia, Hazaa Dhalal, Wa Yudhil (ianya sesat dan menyesatkan)”. Itulah ulasan Sheikh Dr Wahbah Zuhaili dalam pertemuan dengan Group UM dan Komuniti Mahasiswa Kerinchi (KMK) semalam di Jame Quaiti (Jame Othman) Damsyik.
Pertemuan itu diatur khas untuk beramah mesra dan berdiskusi dengan sheikh khususnya bagi membincangkan suasana umat Islam di Malaysia. Namun belum sempat soalan dikemukakan, Sheikh Wahbah terlebih dahulu mengulas tentang Islam Hadhari. Beliau berpesan kepada kami supaya memperlengkapkan diri dengan ilmu-ilmu agama. Ini sebagai persiapan diri untuk perjuangkan Islam dan berhadapan dengan banyak kesesatan di zaman sekarang.
Menurut Sheikh, di Malaysia ada Islam Hadhari. “Islam Hadhari ini sesat dan ia menyesatkan satu dunia. Ia merosakkan umat Islam.” Terpaku penulis mendengar kata-kata tersebut.
“Islam Hadhari hanya disukai oleh Amerika sahaja, kerana ia bercanggah dengan Islam yang sebenar (hakiki),” jelas Sheikh Wahbah lagi.
Menurutnya, ketika menghadiri muktamar Alumni Al Azhar di Malaysia tempoh hari, Perdana Menteri asyik bercakap soal Islam Hadhari. Namun ketika itu, beliau tidak mendapat kesempatan yang sesuai untuk menjawabnya. Namun hari ini beliau dengan tegas menyatakan bahawa Islam Hadhari bukan daripada Islam yang sebenar.
“Hanya Amerika yang suka Islam Hadhari”, jelas Sheikh Wahbah kepada penulis.
Kenyataan beliau ini jelas membawa maksud, bahawa Perdana Menteri Abdullah Badawi berbohong apabila menyatakan Islam Hadhari diterima Ulama dunia seperti Sheikh Wahbah Zuhaili, Al Butti dan lain-lain. Malah perhimpunan Alumni Al Azhar yang dijadikan gelanggang untuk menunjukkan kerajaan BN lebih Islam dan disokong Ulama dunia hanyalah sandiwara.
Tidak sangka seorang Perdana Menteri bukan sahaja membohong rakyat jahil tentang Islam Hadhari yang dibawanya, malah sanggup berdusta di hadapan ilman-ilmuan Islam atau ulama-ulama dunia.
Keduanya beliau juga menyelar kumpulan Quraniyun yang dikatakan wujud di Malaysia. Kumpulan ini kononnya hanya berpegang kepada Al Quran sahaja dan menolak Hadis. Menurut beliau sebagai orang Islam, kita wajib berpegang dengan kedua-duanya. Jelas di dalam Al Quran Allah menyeru orang beriman supaya taat kepada Allah dan Rasul.

Dan ulama yang menolak istilah ISLAM HADHARI ini adalah Prof Dr Yusuf al-Qaradawi:
Semua penamaaan dan pembahagian ini ditolak dalam Islam. Tiada Islam kecuali hanya satu Islam dan tiada sekutu atau pelbagai jenis baginya. Tiada harus memberi pengiktirafan kepada selainnya, yang diiktiraf hanyalah Islam yang terawal yang bersumber dari Al-Quran dan As-Sunnah. Islam yang difahami oleh sebaik-baik generasi dan kurun dari kalangan sahabat dan tabien yang telah dipuji oleh Allah dan RasulNya.
Inilah dia Islam yang benar, sebelum dicemari kekotoran dan kekarutan ideologi, falsafah, rekaan puak-puak, hawa nafsu para pendebat, penyusahan oleh puak pelampau, dan salahguna puak pentakwil yang jahil.

Sumber dari blog kalamkerinchi dan muzir.wordpress.com

No comments: