KAHERAH - Universiti Al-Azhar di Mesir mengeluarkan fatwa bahawa sebahagian pendapatan sumber minyak dan gas negara berkenaan perlu diberikan kepada penduduk miskin yang terjejas akibat kenaikan harga makanan.
Pusat Penyelidikan Islam di universiti itu mengeluarkan fatwa bahawa adalah tugas suci untuk mengeluarkan zakat sebanyak 20 peratus daripada keuntungan minyak, gas dan mineral.
"Fatwa itu berdasarkan hadis Nabi Muhammad s.a.w yang menyatakan bahawa zakat juga wajib terhadap semua besi dan mineral tidak kira dalam bentuk pepejal atau cecair," kata seorang pensyarah universiti itu. - AFP
Petronas ke-8 paling untung di dunia
PETRONAS berada pada kedudukan kelapan syarikat paling untung di dunia tahun lalu dalam senarai Fortune Global 500 majalah perniagaan Fortune.
Di Asia pula, ia muncul syarikat paling untung, mengambil tempat pengeluar kereta terbesar dunia, Toyota Motor dari Jepun, yang mendahului senarai itu pada 2006.
Dalam senarai keseluruhan Fortune Global 500 yang menyenaraikan 500 syarikat terbesar dunia berdasarkan jumlah pendapatan pula, Petronas berada di kedudukan ke-95.
Saturday, August 9, 2008
ISLAM HADHARI SESAT!!! - SHEIKH DR WAHBAH ZUHAILI
“Islam Hadhari di Malaysia, Hazaa Dhalal, Wa Yudhil (ianya sesat dan menyesatkan)”. Itulah ulasan Sheikh Dr Wahbah Zuhaili dalam pertemuan dengan Group UM dan Komuniti Mahasiswa Kerinchi (KMK) semalam di Jame Quaiti (Jame Othman) Damsyik.
Pertemuan itu diatur khas untuk beramah mesra dan berdiskusi dengan sheikh khususnya bagi membincangkan suasana umat Islam di Malaysia. Namun belum sempat soalan dikemukakan, Sheikh Wahbah terlebih dahulu mengulas tentang Islam Hadhari. Beliau berpesan kepada kami supaya memperlengkapkan diri dengan ilmu-ilmu agama. Ini sebagai persiapan diri untuk perjuangkan Islam dan berhadapan dengan banyak kesesatan di zaman sekarang.
Menurut Sheikh, di Malaysia ada Islam Hadhari. “Islam Hadhari ini sesat dan ia menyesatkan satu dunia. Ia merosakkan umat Islam.” Terpaku penulis mendengar kata-kata tersebut.
“Islam Hadhari hanya disukai oleh Amerika sahaja, kerana ia bercanggah dengan Islam yang sebenar (hakiki),” jelas Sheikh Wahbah lagi.
Menurutnya, ketika menghadiri muktamar Alumni Al Azhar di Malaysia tempoh hari, Perdana Menteri asyik bercakap soal Islam Hadhari. Namun ketika itu, beliau tidak mendapat kesempatan yang sesuai untuk menjawabnya. Namun hari ini beliau dengan tegas menyatakan bahawa Islam Hadhari bukan daripada Islam yang sebenar.
“Hanya Amerika yang suka Islam Hadhari”, jelas Sheikh Wahbah kepada penulis.
Kenyataan beliau ini jelas membawa maksud, bahawa Perdana Menteri Abdullah Badawi berbohong apabila menyatakan Islam Hadhari diterima Ulama dunia seperti Sheikh Wahbah Zuhaili, Al Butti dan lain-lain. Malah perhimpunan Alumni Al Azhar yang dijadikan gelanggang untuk menunjukkan kerajaan BN lebih Islam dan disokong Ulama dunia hanyalah sandiwara.
Tidak sangka seorang Perdana Menteri bukan sahaja membohong rakyat jahil tentang Islam Hadhari yang dibawanya, malah sanggup berdusta di hadapan ilman-ilmuan Islam atau ulama-ulama dunia.
Keduanya beliau juga menyelar kumpulan Quraniyun yang dikatakan wujud di Malaysia. Kumpulan ini kononnya hanya berpegang kepada Al Quran sahaja dan menolak Hadis. Menurut beliau sebagai orang Islam, kita wajib berpegang dengan kedua-duanya. Jelas di dalam Al Quran Allah menyeru orang beriman supaya taat kepada Allah dan Rasul.
Dan ulama yang menolak istilah ISLAM HADHARI ini adalah Prof Dr Yusuf al-Qaradawi:
Semua penamaaan dan pembahagian ini ditolak dalam Islam. Tiada Islam kecuali hanya satu Islam dan tiada sekutu atau pelbagai jenis baginya. Tiada harus memberi pengiktirafan kepada selainnya, yang diiktiraf hanyalah Islam yang terawal yang bersumber dari Al-Quran dan As-Sunnah. Islam yang difahami oleh sebaik-baik generasi dan kurun dari kalangan sahabat dan tabien yang telah dipuji oleh Allah dan RasulNya.
Inilah dia Islam yang benar, sebelum dicemari kekotoran dan kekarutan ideologi, falsafah, rekaan puak-puak, hawa nafsu para pendebat, penyusahan oleh puak pelampau, dan salahguna puak pentakwil yang jahil.
Sumber dari blog kalamkerinchi dan muzir.wordpress.com

Hukum mengundi non islam
Assalamualaikum WBT ustaz ALI MUDASaya ingin menanyakan beberapa soalan kepada ustaz berkenaan dengan hukum kita sebagai pengundi Islam yangmengundi pengundi bukan Islam sedangkan kita ketahui bahawa kita sebagai seorang yang muslim dilarang untukmemilih seorang bukan Islam sebagai ketua atau pemimpin.1. Adakah kita boleh memilih calon bukan Islam (contohnya dari DAP/KeAdilan) sekiranya pemimpin itu bersatu di bawah BA (Barisan Alternatif) dan bukan bersama BN ?2. Bagaimana sekiranya ada calon dari UMNO/BN(seorang yang kita ketahui beragama Islam) bertanding dengan calon Keadilan (bukan beragama Islam),mana satukah calon yang harus kita pilih berdasarkan prinsip kita menurut perspektif Islam. Apakah hukumnya jika kita tersilap memilih pemimpin(imam) kita?3. Apakah pandangan ustaz apabila perkataan Islam dipadamkan dari parti politik dan sebarang pertubuhan? UMNO menjelaskan bahawa nama Islam harus dimansuhkan untuk mengelakkan nama Islam itu dari disalahgunakan oleh parti politik atau mana² pertubuhan kerana ada yang beranggapan bahawa Islam bukan parti. Sila perjelaskan ustaz.4. Minta penjelasan ustaz mengenai "Pangkah PAS masuk syurga, pangkah UMNO masuk neraka". Benarkah ada di kalangan pimpinan PAS pernah berkata sedemikian rupa?Dan bolehkah kita sebagai seorang muslim berkata sedemikian kepada orang UMNO semata-mata untuk meraih undi.Sekian sahaja untuk kali ini. Semoga ustaz boleh menjawab segala soalan ini dengan jelas.. Segala usaha ustaz untuk menjawab hanya ALLAH sahaja yang mampu membalasnya.
JAWAPAN:1. Harus untuk kita memilih calon yang bukan beragama Islam untuk memberi kemenangan kepada sebuah gagasan perjuangan menegakkan keadilan dan menentang kezaliman seperti yang diperjuangkan oleh BA. Tidak salah kita bekerjasama atau memohon pertolongan orang bukan Islam dalam usaha yang murni seperti membanteras kezaliman, di mana selagi kerajaan sedia ada tidak ditumbangkan, kezaliman akan terus berleluasa terutama terhadap segolongan rakyat yang tidak bersetuju dengan arus perdana. Selagi tidak ditumbangkan, tidak mungkin akta2 yang zalim itu dapat dimansuh atau dipinda, tak mungkin ISA yang memberi kuasa kepada polis dan menteri dalam negeri menjadi hakim, dapat dihapuskan. Oleh itu, harus hukumnya untuk kita mengundi calon bukan Islam yang sama perjuangannya dengan kita. Allah s.w.t. berfirman maksudnya: "Dan bertolong-tolonganlah kamu dalam perkara kebajikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam perkata dosa dan pencabulan/permusuhan" (Surah al-Maidah: 2). Nabi s.a.w. juga pernah meminta pertolongan drp seorang kafir musyrik yang bernama Abdullah bin `Uraiqit untuk menunjuk jalan menuju ke Yathrib (kemudiannya dinamakan Madinah) semasa berhijrah untuk menyelamatkan diri drp cubaan membunuh oleh musyrikin Mekah dan untuk mengembangkan dakwah dalam fasa yang lebih luas.Sebaliknya, menyokong calon2 yang hanya berperanan mempertahankan dasar sekularisme dan undang2 zalim, tak kira calon itu beragama Islam (sudah tentu Islam yang jahil) atau pun bukan beragama Islam, adalah tidak harus dan boleh membawa dosa. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang2 yang zalim, nanti kamu disambar api neraka" (Surah Huud: 113) dan juga larangan berkerjasama dalam perkara dosa dan pencabulan seperti dalam ayat al-Maidah: 2 di atas.2. Atas prinsip hendak memperjuangkan keadilan dan membanteras kezaliman, adalah wajib menyokong calon yang sama2 memperjuangkan prinsip yang mulia itu, w/pun calon itu bukan beragama Islam. Sebaliknya calon yang cuba mengekalkan sistem sedia ada yang korup, zalim dan menindas itu adalah tidak harus disokong w/pun kebetulan ia beragama Islam. Agama adalah perkara lahiriah semata-mata, apabila seseorang itu mengaku beragama Islam, maka kita tak boleh menafikan keIslamannya, tetapi dalam sirah Nabi s.a.w. pun ramai orang Islam yang tak beramal dengan tuntutan Islam dan mereka itu dikenali sebg munafiq. Kalau zaman baginda ada munafiq, zaman ini lebih ramai lagi. Sebenarnya orang munafiq ini lebih bahaya drp orang kafir kerana kita keliru terhadap orang munafiq itu tetapi jelas terhadap orang kafir. Jadi secara jelasnya, adalah menjadi tuntutan syariat Islam yang memperjuangkan keadilan, calon BA sama ada drp DAP atau Keadilan hendaklah disokong w/pun bukan beragama Islam dan calon BN hendaklah ditolak w/pun beragama Islam.Kesilapan memilih pemimpin adalah tanggungjawab kita yang akan dipersoalkan oleh Allah s.w.t. di akhirat kelak. Tangan, kaki, mata, telinga, hati bahkan seluruh anggota kita akan disoal dan akan bersaksi di hadapan Allah s.w.t. terhadap semua amal kita di dunia ini, termasuk amal ketika mengundi (rujuk Surah Yaasiin: 65). Begitu juga semua amal kita walaupun sebesar zarah (sama ada yang baik atau yang jahat), akan kita terima akibat dan balasannya yang adil drp Allah s.w.t. (rujuk Surah al-Zalzalah: 6 -8)3. Memakai nama Islam adalah satu perkara yang harus dan tiada larangan terhadapnya s/ada dalam al-Quran atau Sunnah, apatah lagi nama itu dipakai kerana untuk perjuangan menegakkannya, bukan untuk mencari duniawi. Ini telah saya bahaskan secara panjang lebar dalam sebuah rencana saya yang bertajuk "Penggunaan nama 'Islam' pada pandangan Islam" (sila rujuk arkib tulisan saya di laman Minda Rakyat atau Tranung Kite). UMNO cuba menggunakan undang2 untuk mengharamkan nama itu disebabkan ia sudah terdesak dengan sangkaan kononnya dengan nama 'Islam' itulah maka sokongan terhadap UMNO merosot teruk. Kalau benar begitu, kenapa UMNO juga tidak menggunakan nama 'Islam' untuk dapat sokongan yang lebih baik. Kalau UMNO tak nak pakai, kenapa larang orang lain pakai?
4. Setahu saya tak ada pemimpin Pas atau mana2 orang Pas yang beriktikad sedemikian, kononnya pangkah PAS automatik dapat masuk syurga dan pangkah UMNO automatik akan ke neraka. Sebenarnya itu hanyalah karut marut orang2 UMNO untuk menuduh Pas membawa 'ajaran sesat'. Saya yakin, semua ahli Pas faham bahawa perjuangan mereka untuk menegakkan Islam menurut al-Quran dan sunnah itulah yang boleh menjadi sebab untuk mendapatkan syurga, tapi mereka tak boleh beli syurga Allah s.w.t. dengan sekadar mengundi Pas tetapi tidak melakukan kebajikan yang lain. Begitu juga, saya yakin, ahli Pas juga faham bahawa pangkah UMNO/BN adalah salah satu sebab seseorang itu boleh dicampakkan ke neraka (perhatikan ayat 113 drp Surah Huud di atas), tetapi mungkin juga dia tak dimasukkan ke neraka jika dia bertaubat dan mengubah pendirian sebelum matinya. Syurga dan nereka hanya milik mutlak Allah s.w.t., bukan milik sesiapa, tetapi Nabi s.a.w. sentiasa menjanjikan syurga bg orang yang memperjuangkan Islam (apatah lagi jika mati atas perjuangan itu) dan sentiasa menjanjikan neraka bg orang yang menghalang orang lain drp mendekati agama Allah s.w.t.. Ini bukan rasuah syurga seperti disangka oleh sesetengah orang yang jahil tapi perasan dirinya alim, tetapi janji Allah s.w.t. dan Rasul-Nya dalam al-Quran dan hadis2 sahih. Perjuangan Islam tetap wujud sampai akhir zaman, cuma nama wadah atau landasannya sahaja berbeza antara zaman, tempat dan orang.

Jangan sokong pemimpin zalim-haron din
Ayer Molek : Timbalan Musryidul Am PAS, Dato’ Prof. Dr Haron Din mengingatkan umat Islam jangan menyokong golongan zalim yang memerintah Malaysia sekarang.
”Jangankan menyokong, condong pun tidak boleh” kata Dr Haron Din.
”Pemerintah yang memerintah sekarang jelas melakukan kezaliman dimana kezaliman paling besar ialah syirik kepada Allah contohnya upacara mengalungkan bunga di Tugu Negara yang diamalkan oleh pemimpin sekarang” tegas beliau.
Menurut beliau juga, Majlis Fatwa Negeri Selangor dan Wilayah sudah lama mengeluarkan fatwa ianya haram dan fatwa tersebut di gazetkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
”Malangnya kerajaan Islam Hadhari melanggarnya, jadi siapa yang menyokong kerajaan syirik, mereka turut sama dapat sahamnya”.
Beliau berkata demikian ketika berceramah di rumah Hj Karim Mohamad di Ayer Molek di sini Ahad lalu.
Dr Haron juga kesal dengan sikap kerajaan yang tidak menghiraukan kesengsaraan rakyat yang menderita akibat kenaikan harga barang. Beliau dengan sinis mentafsir BN sebagai – Barang Naik, Bila Naik – Baru Naik, Berapa Naik – Banyak Naik.
”Begitu juga dengan kadar tol yang turut naik yang jelas membebankan rakyat. Kerajaan tunduk kepada syarikat yang mengendalikan lebuh raya dengan menandatangani kontrak berat yang sebelah. Akhirnya rakyat yang menderita.” tambah beliau.
Selain itu, Dr Haron turut kesal dengan kegagalan syarikat Petronas milik kerajaan yang gagal membayar zakat dengan hasil minyak yang diklasifikan sebagai harta rikaz.
”Petronas untung RM42.6 bilion untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini, kalau kita anggarkan setahun Petronas boleh dapat RM85.2 bilion, malangnya Petronas tidak pernah membayar zakat seperti di jawab di dalam sidang parlimen“ kata Dr Haron.
Ini kerana katanya, kerajaan yang memerintah hari ini tidak mementingkan hukum Islam sehinggakan majoriti syarikat-syarikat besar di Kuala Lumpur tidak membayar zakat.
Ceramah anjuran Majlis Tindakan DUN (MTD) Ayer Molek tersebut telah mendapat sambutan di luar dugaan. Turut berceramah bersama beliau pada malam itu ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman.

Subscribe to:
Posts (Atom)